konsep Burnout

Definisi


Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974)
Herbert Freudenberger PhD
" ...a state of fatigue or frustration brought about by devotion to a cause, way of life, or relationship that failed to produce the expected reward." 

yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984).

Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi.



Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).

Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.



Namun begitu, sering kali wujud kekeliruan di kalangan penulis dan pengkaji tentang penggunaan konsep ‘burnout’ dan tekanan (stress). Konsep-konsep ini telah digunakan secara silih berganti dalam berbagai-bagai penulisan walaupun pada hakikatnya ada perbezaan di antara kedua-dua konsep tersebut. Ini adalah kerana terdapat persamaan ciri-ciri dan simptoms-simptomps pada individu yang mengalami masalah-masalah tersebut.

Menurut Lazarus (1966) dan Selye (1976), " burnout is usually a result of unmediated stress, and in several theories certain stress reactions are referred to in terms that are similar to those used to describe burnout. "( Friedman, 1995 ). Farber (1983) pula menyimpulkan bahawa " in general burnout can be conceptualized as a function of the stresses engendered by individual, work-related and societal factors "


Maslach dan Pines telah mengkaji tentang ‘burnout’ dari perpektif sosial-psikologikal. Kajian mereka telah berjaya menghasilkan satu inventori yang dikenali sebagai Maslach Burnout Inventori. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk menaksir tiga faktor dalam mengukur ‘burnout’ terhadap individu. Faktor-faktor tersebut adalah dari segi keletihan emosi ( emotion exhaustion), gangguan keperibadian kendiri (depersonalization ), dan pencapaian peribadi ( personal accomplishment ).

Di samping itu, Maslach dan Pines percaya bahawa ciri-ciri kerja/tugas dalam sesebuah organisasi adalah faktor penentu utama terhadap kebarangkalian seseorang itu akan mengalami ‘ burnout’ ( Gold & Roth, 1993 ).


Dalam kajian ini ‘burnout’ adalah merujuk kepada ciri-ciri yang disarankan dalam kajian Pines dan Aronson (1981). Pines dan Aronson (1981) telah menggubal inventori ‘burnout’ dengan mengubah suai daripada Maslach Burnout Inventori untuk memenuhi tujuan kajian mereka tentang persekitaran kerja di kalangan guru, jururawat, ahli perubatan, dan pengurus-pengurus perniagaan ( Fejgin et.al, 1995 ). Inventori ‘burnout’ Pines dan Aronson

(1981) telah menaksirkan tiga komponen ‘burnout’ iaitu, keletihan ( exhaustion ) fizikal, emosi dan mental. Sehubungan itu, daripada kajian Pines dan Aronson (1981), ‘ burnout’ dicirikan sebagai suatu keadaan yang dialami oleh mental-emosi dan fizikal individu seperti kelesuan, kemurungan, optimistik, perasaan terperangkap, perasaan tidak berguna, dan perasaan energetik
( Fejgin et.al,1995 ).