Pengenalan : Tekanan Emosi Guru
Perguruan adalah profesion yang amat terdedah dengan tekanan. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikannya.
Sumber: Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi, Utusan Online 23/07/2007
Kursus ini membincangkan isu-isu pendidikan dan cabaran semasa; tanda-tanda awal gangguan emosi dalam kalangan murid dan guru serta cara-cara menanganinya; inovasi dalam pendidikan serta pengurusan perubahan. (This course discusses educational issues and current challenges; early symptoms of emotional disturbances amongst students; teachers and ways to overcome; innovation and managing educational changes).
konsep Burnout
Definisi
Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974)
Herbert Freudenberger PhD
" ...a state of fatigue or frustration brought about by devotion to a cause, way of life, or relationship that failed to produce the expected reward." yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984).
Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi.
Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).
Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji.
Namun begitu, sering kali wujud kekeliruan di kalangan penulis dan pengkaji tentang penggunaan konsep ‘burnout’ dan tekanan (stress). Konsep-konsep ini telah digunakan secara silih berganti dalam berbagai-bagai penulisan walaupun pada hakikatnya ada perbezaan di antara kedua-dua konsep tersebut. Ini adalah kerana terdapat persamaan ciri-ciri dan simptoms-simptomps pada individu yang mengalami masalah-masalah tersebut.
Menurut Lazarus (1966) dan Selye (1976), " burnout is usually a result of unmediated stress, and in several theories certain stress reactions are referred to in terms that are similar to those used to describe burnout. "( Friedman, 1995 ). Farber (1983) pula menyimpulkan bahawa " in general burnout can be conceptualized as a function of the stresses engendered by individual, work-related and societal factors "
Maslach dan Pines telah mengkaji tentang ‘burnout’ dari perpektif sosial-psikologikal. Kajian mereka telah berjaya menghasilkan satu inventori yang dikenali sebagai Maslach Burnout Inventori. Inventori ini telah digunakan secara meluas untuk menaksir tiga faktor dalam mengukur ‘burnout’ terhadap individu. Faktor-faktor tersebut adalah dari segi keletihan emosi ( emotion exhaustion), gangguan keperibadian kendiri (depersonalization ), dan pencapaian peribadi ( personal accomplishment ).
Di samping itu, Maslach dan Pines percaya bahawa ciri-ciri kerja/tugas dalam sesebuah organisasi adalah faktor penentu utama terhadap kebarangkalian seseorang itu akan mengalami ‘ burnout’ ( Gold & Roth, 1993 ).
Dalam kajian ini ‘burnout’ adalah merujuk kepada ciri-ciri yang disarankan dalam kajian Pines dan Aronson (1981). Pines dan Aronson (1981) telah menggubal inventori ‘burnout’ dengan mengubah suai daripada Maslach Burnout Inventori untuk memenuhi tujuan kajian mereka tentang persekitaran kerja di kalangan guru, jururawat, ahli perubatan, dan pengurus-pengurus perniagaan ( Fejgin et.al, 1995 ). Inventori ‘burnout’ Pines dan Aronson
(1981) telah menaksirkan tiga komponen ‘burnout’ iaitu, keletihan ( exhaustion ) fizikal, emosi dan mental. Sehubungan itu, daripada kajian Pines dan Aronson (1981), ‘ burnout’ dicirikan sebagai suatu keadaan yang dialami oleh mental-emosi dan fizikal individu seperti kelesuan, kemurungan, optimistik, perasaan terperangkap, perasaan tidak berguna, dan perasaan energetik
( Fejgin et.al,1995 ).
Pengurusan Tekanan Emosi
Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antaranya ialah kajian oleh Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997).
Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan dalam kalangan guru-guru. Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang bertekanan, moral guru yang rendah, dan peletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang).
Pengendalian Stress semasa kerja
- Buangkan perasaan ‘superman’ dalam diri Aturkan pengurusan masa
- Buat sesuatu yang baik untuk orang lain
- Pergaulan bersama rakan sekerja
- Belajar kemahiran atau perkara yang baru
- Hadapi masalah kerja secara terus
- Berbual mengenai tajuk yang tiada kaitan dengan stress yang dihadapi
- Membantu orang lain
- Berbincang melalui jawatankuasa di jabatan
- Maklumkan kepada ketua mengenai rancangan kita
Proses Meditasi
Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita ‘mengembara ataupun bergerak’ Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik
Munajat Bernafas perlahan-lahan
Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset
Tekanan Stres Dalam Kalangan Guru
1.0 PENGENALAN
Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.
Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.
Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978).
2.0 DEFINISI STRES
Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.
Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan, usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan menanggungnya lagi.
Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali suatu situasi.
Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Daripada kajian beliau juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia.
Secara keseluruhannya stres adalah :
· Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.
· Gangguan fungsi kehidupan.
· Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah, kekangan dan desakan hidup.
· Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.
· Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada individu.
· Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia dalam tubuh.
3.0 FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU
Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;
· Faktor diri.
· Faktor interpersonal.
· Faktor organisasi.
· Faktor kekurangan sumber.
3.1 Faktor diri
Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah, dan menjanjikan gaji yang lumayan.
Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini. Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.
Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.
3.2 Faktor Interpersonal
Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang lain.
Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.
3.3 Faktor Organisasi
Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam selain guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi ialah;
· Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.
· Tugasan kerja berterusan (kronik).
· Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.
· Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.
· Perubahan dasar yang drastik.
Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah kepada risiko mengalami tekanan perasaan.
3.4 Faktor kekurangan Sumber.
Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi masalah stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.
Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan guru di sekolah mencukupi.
4.0 MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU
Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:
4.1 Kenal pasti reaksi emosional.
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
4.2 Komitmen sosial.
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.
4.3 Kehidupan fizikal.
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.
Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu.
Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.
4.4 Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.
Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:
a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills)
Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.
Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.
Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.
Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.
Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.
Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.
6.0 PENUTUP
Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian sememangnya mewujudkan stres kepada guru-guru.
Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.
Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia pendidikan yang mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan kemajuan bidang pendidikan negara.

Konsep Tekanan Stres
Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan tang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya.
Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang.
Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbals kepada permintaan terhadap dirinya.
Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangai permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif.
Stres diambil daripada perkataan Greek iaitu ‘Stringere’ yang bermaksud ketat atau tegang (Cox, 2000). Selye, seorang ahli perubatan merupakan perintis dalam menjalankan kajian tentang stres ini. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini (Azizi, Jamaludin dan Mazeni, 2010). Kajian yang dilakukan oleh Institute Of Stress di New York, mendapati pada tahun 2002 terdapat 90% daripada lelaki dewasa mengalami stres yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25% lagi mengalami stres setiap hari.
Stres boleh didefinisikan sebagai satu keadaan emosi yang kompleks dan satu reaksi fisiologi dan psikologi yang berlaku pada seseorang apabila ia bertindak balas kepada faktor-faktor luaran di persekitaran seperti keadaan tempat kerja, sikap rakan, hubungan dengan subordinat dan tekanan kerja.
Menurut Cox dan Brockley (1984), stress merupakan satu persepsi yang wujud dari satu perbandingan di antara arahan yang diberikan oleh seseorang dengan kebolehan untuk melakukan arahan tersebut dengan jayanya.
Schafer (1992) pula mentafsirkan stres sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Sekiranya seseorang itu dapat menyesuaikan mindanya dengan menangani permintaan itu, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif.
Manakala stres dalam kalangan guru didefinisikan sebagai perasaan tidak selesa, emosi negatif, tekanan serta kekecewaan yang berpunca daripada aspek kerja mereka. (Kyriacau & Sutcliffe, 1978). Guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendididikan akan mengalami stres. Kebanyakkan guru pada masa kini terpaksa melakukan kerja-kerja perkeranian, menyedia alat bantu mengajar, menghadiri kursus sepanjang minggu dan terpaksa melakukan penyesuaian terhadap tugasan dan ini sedikit sebanyak telah menganggu emosi dan minda mereka. Stres kerja pada tahap yang tinggi akan membawa kepada rasa ketidakpuasan kerja, sering mengelakkan diri dan mengabaikan kerja.
Kyricaou (1987) kemudiannya mentakrifkan tekanan guru sebagai pengalaman yang dialami oleh guru berhubung dengan emosi yang tidak menyenangkan seperti ketegangan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan oleh aspek-aspek pekerjaan sebagai seorang guru.
Tekanan guru juga boleh didefinisikan sebagai kesan tindak balas negatif seperti kemarahan dan tekanan oleh seseorang guru. Ia kebiasaannya merangsang potensi perubahan fisiologi seseorang guru seperti peningkatan kadar degupan jantung dan perembesan hormon tertentu ke dalam salur darah. Seterusnya ia memberi kesan terhadap aspek tugas perguruan yang merangkumi kesungguhan menjalankan tugas, keyakinan diri dan kerasionalan tindakan.
Dunham (1976) melaporkan hasil kajiannya mengenai tekanan guru berdasarkan analisis data yang mengandungi 658 orang guru di sekolah rendah dan sekolah menengah di United Kingdom. Para responden, iaitu guru diminta untuk menerangkan situasi tekanan yang dihadapi dan bagaimana mereka mengatasi masalah tersebut.
Daripada kajian tersebut, kesimpulan yang boleh dibuat ialah ‘lebih banyak guru yang mengalami tekanan guru’, ‘hanya angka sedikit sahaja dalam kalangan guru yang tidak mengalami tekanan guru’. Tekanan dihadapi terutamanya dalam organisasi, konflik yang dialami dalam pembahagian tugas, dan keadaan tempat kerja. Untuk itu, antara tindakan guru yang menghadapi tekanan guru yang berlebihan telah memillih langkah untuk meletakkan jawatan dalam sesuatu organisasi; guru memilih untuk mengajar pelajar yang kurang kemampuan belajar atau kelas yang kurang cerdik. Komunikasi dalam kalangan guru semakin kurang berkesan dan guru memilih untuk mendiamkan diri. Guru yang memiliki karakter atau personaliti yang baik berubah sama sekali kepada seseorang yang langsung tidak dikenali dan kepuasan kerja yang rendah.
Terdapat laporan yang menyatakan bahawa tekanan guru telah dikaitkan dengan penyakit sakit mental. (Fletcher dan Payne, 1982). Menurut Blase’s (1982) berdasarkan jurnal yang ditulis oleh Kyriacou (1987), sebilangan besar guru menunjukkan tahap penglibatan kerja yang rendah akibat tekanan yang berlebihan. Tenaga tidak digunakan untuk meneruskan kerja berkaitan dengan pengajaran, sebaliknya melepaskan tenaga secara tindakan fizikal atau melepaskan geram terhadap pelajarnya. Sesetengah guru yang tidak melepaskan geram pula memilih jalan dengan tidak hadir ke sekolah akibat tekanan guru yang berlebihan. Tekanan dalam kalangan guru menyebabkan potensi berlakunya masalah salah guna kuasa guru terhadap murid-murid. Terutamanya yang berlaku dalam aspek hukuman yang boleh mengakibatkan penderaan.
Konsep tekanan telah digunakan secara meluas untuk menerangkan peningkatan motivasi pekerjaan dan penurunan kepuasan kerja. Tekanan boleh memberikan kesan sama ada positif atau negatif. Fisher (1994), percaya bahawa mereka yang mengalami masalah tekanan pekerjaan adalah kurang efisyen. Mengalami sikap kemurungan, kerisauan atau kegelisahan, kemarahan dan fobia merupakan tanda-tanda tertekan yang mungkin berpunca daripada persekitaran luar atau faktor-faktor kognitif individu.
Bab 4 Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru:Rujukan Tambahan
25 Tricks to Stop Teacher Burnout
http://www.opencolleges.edu.au/informed/features/25-tricks-to-stop-teacher-burnout/
Tips To Avoid Teacher Stress and Burnout
http://topnotchteaching.com/classroom-management-organisation/tips-to-avoid-teacher-stress-and-burnout/Why Teachers leave the Profession, and what they do next!
http://ukedchat.com/2013/11/10/why-teachers-leave-the-profession-and-what-they-do/
Teacher Burnout: What Are the Warning Signs?
http://www.edutopia.org/blog/teacher-burnout-warning-signs-maurice-elias
10 Steps for Avoiding Teacher Burnout
5 Tips for Avoiding Teacher Burnout
http://www.edutopia.org/blog/5-tips-avoiding-teacher-burnout-mary-beth-hertz
How to Be a Teacher for More Than 5 Years Without Killing Yourself Or Others
Subscribe to:
Posts (Atom)