Kursus ini membincangkan isu-isu pendidikan dan cabaran semasa; tanda-tanda awal gangguan emosi dalam kalangan murid dan guru serta cara-cara menanganinya; inovasi dalam pendidikan serta pengurusan perubahan. (This course discusses educational issues and current challenges; early symptoms of emotional disturbances amongst students; teachers and ways to overcome; innovation and managing educational changes).
Isu dan cabaran Pendidikan semasa
Integrasi Nasional
Pendemokrasian Pendidikan
Tonggak Pendidikan United Nations Educational,scientific and cultural Organization(UNESCO)
Kepelbagaian Budaya
Jurnal Pendidikan
Tekanan Emosi dalam kalangan Murid
Tekanan Emosi dalam Kalangan Guru
- Tekanan kerja di kalangan guru sekolah menengah
- Faktor-faktor penentu stres dalam kalangan guru
- STRES KERJA GURU: PUNCA, KESAN DAN STRATEGI
- Faktor-faktor yang mendorong tekanan kerja
- Hubungan Iklim Kerja dan Stres dalam Pengurusan Bilik Darjah
- stress dikalangan guru
- Stres Di Kalangan Guru Wanita
- Strategi Menangani Tekanan Di kalangan Guru-guru
- Tekanan emosi guru pendidikan khas
Inovsi dan Peubahan Dalam Pendidikan
Strategi Pengajaran Pembelajaran yang inovatif
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Pembelajaran Elektronik
Pembelajaran berasaskan Sesawang
NOTA EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa
Nota-nota ringkasan daripada buku "Guru dan Cabaran Semasa"
terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.
terbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Tekanan Emosi dalam kalangan Murid
KITA sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini.
Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa.
Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.
Profesor Psikiatri, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azhar Mohd. Zain, menjelaskan, gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera.
“Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.
“Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atu rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2011&dt=0327&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm
Subscribe to:
Posts (Atom)